2/17/2013

#6

Diam terduduk diriku
Di bawah cahaya menyuluh minda
Mereka di dalam galak berperang
Merebut tempat untuk ditambat
Kotak fikiran menjadi juri
Naluri hati memberi jalan
Alunan muzik sumber ketenangan
Mereka di dalam masih berdebat
Mengiyakan juga menidakkan
Keputusan harus diputuskan
Akhirnya idea yang satu itu menyusul keluar
Mereka yang lain berputus asa
Aku jumpa idea itu
Ya, idea yang baru sahaja berperang tadi
Dan kau pemenangnya,
Idea yang satu itu.

No comments:

Post a Comment