4/25/2013

#10

Life's too hard to live
There's no spaces in the city
And I'm walking up to the hill
So, I could finally breath

Then now I see the clouds
The light shines on everyone
Depression plays in their hearts
Failure that hard to forget

Don't go away
Hope of yesterday
Please don't betray
Hope of yesterday

#9

Hey little fellas
Kind of joy and happiness
A bridge to another land
Land fulls with dreams

Hey little fellas
Were put inside a tiny brown box
Come with different colors
But I choose the yellow you

Hey little fellas
Hold by a cute little girl
Dressed on her cute flowered blouse
She smiled while holding you

Hey little fellas
Together we produce songs
Together we run to the top
As long as she smiled looking at us

3/02/2013

#8

Malas malas malas
Lemah kaki ini
Layu nadi ini
Memang aku malas

Pendek perjalanan; jauh rasanya
Mudah kehidupan; sukar rasanya
Bagaikan tidak mahu berganjak
Kerna aku memang malas

Saat ini; ketika ini
Benar menguji diriku
Kehidupan dan keselesaan
Sukar untuk dikupaskan
Kerna aku malas

2/25/2013

#7

Rebah badanku
Layu mataku
Sayu hatiku
Terduduk aku di situ
Bagai terkedu mendengar berita pemergianmu
Sahabat, kau pergi dulu

Takdir menentukan segalanya
Ajal maut memanggilmu
Tidak kira sekalipun usiamu
Diri ini bagaikan tidak keruan lagi

Agak lama dirimu tidak kusapa
Perasaan kesal timbul tak dapat kuelak
Waktu agak menyempitkan pergerakanku
Tidak kusangka tiada lagi kelibatmu

Senyum tawamu tiada lagi kedengaran
Tiada lagi pergerakanmu kelihatan
Jasadmu tersemat disemadikan
Hanya tinggal semangatmu yang jadi kenangan

Terlalu banyak kisahmu untuk dicoretkan
Biarlah ia terpahat di hati
Akhirnya ketemu juga kau dengan si Pencipta
Di dunia yang berlainan dengan duniaku
Mungkin waktumu lebih awal dariku
Aku percaya
Suatu hari nanti kita pasti kembali bertemu
Hanya waktu yang menjadi penentu


Al-Fatihah kepada sahabatku, Hafizi Jasni (STARIAN 2004 - 2008) yang telah pergi menghadap Illahi pada 23.2.2013 akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

2/17/2013

#6

Diam terduduk diriku
Di bawah cahaya menyuluh minda
Mereka di dalam galak berperang
Merebut tempat untuk ditambat
Kotak fikiran menjadi juri
Naluri hati memberi jalan
Alunan muzik sumber ketenangan
Mereka di dalam masih berdebat
Mengiyakan juga menidakkan
Keputusan harus diputuskan
Akhirnya idea yang satu itu menyusul keluar
Mereka yang lain berputus asa
Aku jumpa idea itu
Ya, idea yang baru sahaja berperang tadi
Dan kau pemenangnya,
Idea yang satu itu.